u know me??

MUAR- CHERAS, JOHOR- KL, Malaysia
Ada apa dengan Ezumi Ayum? emotional. sensitive. nice.loving.loud. sophisticated. fashionable. snobbish. friendly. fussy. choosy. im addicted with cool shades N im obsessed with LEMBU hihihi.... NOORHAIZUM IZYAN BINTI KAYALAN nama di beri, d lahirkan d sepital MUAR JOHOR pada tanggal 16 SEPTEMBER 1989, asal JOHOR, so org JAWE LA, d besarkan merata2 tempat..SEK REN kat SEKOLAH RENDAH TAMAN CUEPACS dri darjah 2 - darjah 6 aja...heheheh..pas tuh sekolah menengah pulokk, kat SEKOLAH MENENGAH BUKIT GAMBIR MUAR JOHOR...pas tuh SPM xbape bek sgt...aku msuk la konon yer na dptn sijil dlu b4 dpt panggilan UPU, so aku wat la sijil kat ILP LEDANG tuh hurmmm sekerat jalan aja, coz dpt twran stdy tmpat len...kat KL. sambungla stdy 3 thn kat KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA CYBERNETICS mek kos bsnss...dh hbs wat diploma dalam PENGURUSAN PERNIAGAAN..aku smbung ag BBA BACHELOR BSNSS ADMINSTRATION (UPM )LA WOOO ....4 thn...hobi pe ag shopping arr, suka makan, suka tido...ckp sal blog saje aja...mmg dlu ada blog tp xupdate2 un, hehhehe..hah klu rajin usha2....arrr blog aku ni...MUAXXXXXXX..LUV U ALLL apa yang boleh..bukan apa pun xboleh sya bangga jadi org jawa hahahhaha

Thursday 19 May 2011

KL STEAMBOAT ( PROJECT ENTREPRENEURSHIP ) BBA 2


Ahli-ahli KL STEAMBOAT


WARTAWAN KL STEAMBOAT


WAWA as a BOS



Ni kat jln mnghala ke SOGO, klu xsilap aku....kami wat survey steamboat


nce pic..taking by, cici + wawa



Ni supplier kami....kat Gombak, dtg la sana klu na niaga steamboat mcm kami...



Ni la gerai kami......


Ezum as a Marketing Manager.....



kerjasama.....



Pelbagai perisa ada....nyummmmyyy



haah...mmg xda keja ktowang customer xda...siap posing pulokkkk, windu saat ini!!




caya la....The Lady Gurl!!!




tq Munah Ismail tke tis pic...nce pic!!



hahahahaha....peace!!!




Gerai kami berdekatan dengan LRT Pandan Jaya




eh ehhhh...Krol pun ada....??? 



Makan Besooo.....lst day kami berniaga


uhhhhh....windu na niaga lik gn kowang




Time ni gah tggu c Bob antor barang.....hurmmmm!!! ponat mmg ponat tp best!!!


Kuah Steamboat, Ezum yg wat taww....hihihiihi..hasil bntuan yg lain...kehkehkehekeh



Bahan-bahan yg d perlukan tok membuat kuah steambaot




 Begini rupa nya....bila sudah siap d masakkk sedappp yerrr!!!




owww.....b4 presentation....




LATARBELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan                    :    KL STEAMBOAT
Alamat Perniagaan                  :     Medan Selera LRT Pandan Jaya
Bentuk Perniagaan                  :     Perkongsian
Kegiatan Utama                      :     Perdagangan-Menjual makanan sejuk beku melalui kaedah rebusan

KL STEAMBOAT 

Menyediakan perniagaan yang berbentuk perdagangan iaitu produk sejuk beku yang diniagakan melalui proses rebusan dimana ia terdiri daripada pelbagai bentuk, rasa, dan warna. Stimbot merupakan masakan komunal yang berasal dari Mongolia tetapi sekarang ia boleh dimakan di seluruh Asia Timur. Untuk meningkatkan jualan, pelbagai kaedah digunakan untuk mempromosikan perniagaan dan meningkatkan kuantiti pelanggan.  Segala aspek kewangan juga diambil kira agar tidak mengalami kerugian.  Dengan adanya kertas kerja ini, dapatlah mengenal pasti hala tuju dan kaedah yang sesuai agar dapat memberikan ruang perkhidmatan kepada para pelanggan dengan hanya membabitkan nilai kos yang minimum bagi memulakan perniagaan ini.  Penyediaan kertas kerja ini juga merupakan salah satu syarat utama yang perlu disediakan bagi memohon pinjaman perniagaan seperti yang dikehendaki.


LATAR BELAKANG PRODUK
Stimbot adalah masakan komunal yang berasal dari Mongolia.  Ia terdiri daripada periuk air rebusan panas yang diletakkan di tengah-tengah meja makan.  Semasa periuk dikekalkan mereneh, bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak di atas meja.  Hidangan stimbot yang tipikal adalah seperti hirisan daging, sayur-sayuran, cendawan, wonton ladu, telur, dan makanan laut.  Makanan yang dimasak biasanya dimakan dengan sos.  Selalunya, hidangan stimbot sering dimakan pada musin sejuk.
Terdapat empat ramuan umum yang mesti ada dalam stimbot iaitu air rebusan, daging, sayur-sayuran dan perasa.  Tiga jenis air rebusan yang boleh digunakan dalam penyediaan air rebusan untuk stimbot iaitu air rebusan ayam, air rebusan garam dan air rebusan biasa.  Pelbagai jenis daging yang digunakan iaitu daging ayam, udang, ikan, sotong dan lain-lain lagi dalam pelbagai bentuk dan warna.  Antara jenis sayuran adalah seperti taro, kubis dan pelbagai jenis cendawan.  Lima perasa yang sering digunakan ialah sos cili, sos sate (kuah kacang) , kicap, sos hoisin dan mentega bijan.
Di Malaysia, makanan stimbot telah diadaptasi dengan cara yang lebih mudah iaitu dengan cara menjual makanan tersebut seperti sate dengan harga yang murah.  Jualan stimbot boleh didapati di tepi-tepi jalan iaitu pada waktu malam.  Penyediaannya juga adalah sangat mudah, ringkas selain bahan mentah boleh diperolehi dengan mudah.  Stimbot juga menjadi kesukaan orang ramai tidak kira peringkat umur dan bangsa.  Ia juga sesuai untuk kesihatan dan sangat mengenyangkan.
Terdapat juga beberapa kekurangan dalam penjualan stimbot ini iaitu produk terdedah kepada pencemaran udara selain cuaca yang tidak menentu kerana penjualan stimbot adalah bersifat terbuka.  Bahan mentah adalah tidak tahan lama jika tidak disimpan  di tempat yang betul dan persaingan pada masa kini semakin meningkat.


No comments:

Post a Comment